top of page
Writer's pictureMY Avid Food

Resepi Hari Raya (Rendang Daging, Lontong, Kuah Kacang, dan Nasi Impit)

Updated: Feb 2

Resepi Rendang Daging


Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:

    • 7-8 biji bawang merah

    • 5 ulas bawang putih

    • 3 inci halia

    • 2 inci kunyit hidup

    • 2 inci lengkuas

    • 3 batang serai

    • 15-20 tangkai cili kering

    • sedikit air


  • Bahan-bahan untuk sangai:

    • 1 sudu besar biji ketumbar

    • 1 sudu kecil biji jintan putih

    • 1 sudu kecil biji jintan manis


  • Bahan-bahan untuk lain:

    • 2 cawan minyak masak

    • 1 kilo daging lembu

    • 2 cawan santan cair

    • 1 mangkuk santan pekat

    • 1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu)

    • 2-3 sudu besar kerisik

    • 1-2 helai daun kunyit

    • 2-3 helai daun limau purut

    • gula nisan atau gula melaka secukup rasa

    • garam secukup rasa



Cara Penyediaan:


  1. Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.

  2. Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.

  3. Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus).

  4. Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus).

  5. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.

  6. Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.

  7. Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.

  8. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.

  9. Masukkan daging.

  10. Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit.

  11. Masukkan santan cair.

  12. Renehkan sehingga daging masak empuk.

  13. Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.

  14. Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.

  15. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

  16. Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.

  17. Masukkan gula melaka @ gula nisan.

  18. Last sekali masukkan garam secukup rasa.


Tips:


  • Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap.

  • Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.

  • Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.



Resepi Lontong Kuah Lodeh


Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:

    • 3 biji bawang merah

    • 3-4 ulas bawang putih

    • 1-2 ketul kunyit hidup

    • 1 inci halia

    • 1 biji tomato

    • 1-2 biji cili merah

    • 4-5 tangkai cili padi

    • 2 tangkai cili kering

    • 3 biji buah keras

    • 1 sudu besar udang kering

    • sedikit air


  • Bahan-bahan untuk goreng:

    • 2 keping tempe

    • 4 ketul tauhu

    • sedikit garam

    • sedikit serbuk kunyit


  • Bahan-bahan untuk lain-lain:

    • 3-4 sudu besar minyak masak

    • 1 batang serai

    • 1 inci lengkuas

    • 1 batang lobak merah

    • 1 biji kecil sengkuang

    • sedikit air

    • 4 batang kacang panjang

    • 1 keping fucuk

    • suun

    • 3 - 4 cawan santan cair (atau lebih jika suka)

    • kubis

    • garam secukup rasa

    • 1 mangkuk santan pekat

    • 10-15 ekor udang

    • 1/3 sudu kecil gula

    • nasi impit

    • sambal ikan bilis

    • telur rebus

    • ikan bilis goreng


Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk goreng:

    1. Gaul potongan tempe bersama sedikit garam dan kunyit. Ulang cara yang sama untuk potongan tauhu.

    2. Goreng tempe dan tauhu sehingga keperangan lalu angkat dan toskan minyak.


  1. Cara-cara untuk kuah lodeh:

    1. Sediakan bahan kisar halus.

    2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus sehingga agak garing.

    3. Masukkan serai, lengkuas, sedikit air, sengkuang dan lobak merah lalu reneh kesemua bahan.

    4. Masukkan tempe dan tauhu goreng, kacang Panjang serta fucuk dan suun yang telah lembut direndam.

    5. Tuang santan cair atau air dan masukkan baki sayur iaitu pontongan kubis, garam secukup rasa lalu masak sehingga mendidih.

    6. Sesudah itu, masukkan santan pekat, udang, sedikit garam dan gula. Kerap kacau ketika renehkan kuah dengan api perlahan.

    7. Reneh kuah lodeh cukup sekadar udang masak dan kuah lodeh siap untuk dihidang bersama nasi impit


  1. Cara-cara untuk nasi impit:

    1. Rebus nasi impit dan sejukkan.

    2. Kemudian, potong kesemuanya dalam ketulan besar.



Tips:

  • Bagi mengelakkan tempe dan tauhu menjadi hancur ketika masak, potong keduanya dalam bentuk kiub besar.

  • Jika tidak mahu gunakan kacang panjang, boleh saja digantikan dengan kacang buncis.

  • Selain itu, jika tidak mahu masukkan sengkuang, boleh juga digantikan dengan lobak putih.

  • Guna santan cair bagi perahan yang kedua untuk dimasukkan kedalam kuah dan jika menggunakan santan kotak, gantikan dengan langkah memasukkan air sahaja.

  • Semasa mereneh kuah lodeh, kerapkan kacau kuah biar jangan pecah santan bagi menggelakkan santan berketul didalam masakan.



Resepi Kuah Kacang


Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah

  • 15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus

  • 2 keping gula melaka

  • 1 mangkuk kecil air asam jawa

  • garam secukup rasa

  • Bahan untuk hiris nipis:

    • 14 biji bawang merah

    • 7 ulas bawang putih

    • 2 inci halia

    • 2 inci lengkuas

    • 2 batang serai


Cara Penyediaan:

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.

  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.

  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.

  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.


Tips:

  • Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.


87 views0 comments

Comentarios


bottom of page